ppptmm

Program Perkongsian Usahawan “Jutawan Tuisyen” Anjuran PPPTMM

Alhamdulillah, Program Perkongsian Usahawan ‘Jutawan Tuisyen’ telah berjaya diadakan pada 28hb Disember 2020 dibawah anjuran PPPTMM bersama ahli-ahli dan pengusaha-pengusaha pusat tuisyen secara online. Untuk makluman, program ini juga merupakan program pertama yang dianjukan oleh PPPTMM yang menemukan hampir semua pengusaha-pengusaha pusat tuisyen muslim di Malaysia. Program ini dikongsikan oleh Dr. Ishak Johari merupakan seorang pengusaha Pusat Tuisyen Terbilang dari Sarawak tentang bagaimana mencapai 1 Juta Tunai dalam masa 3 tahun beroperasi pusat tuisyen.

Selepas program tamat, rata-rata pengusaha pusat tuisyen sangat berpuas hati dengan hasil perkongsian oleh Dr. Ishak. Semoga semua pengusaha pusat tuisyen mendapat ilham dan semangat untuk meneruskan lagi operasi pusat tuisyen walaupun dilanda wabak pandemik Covid-19.

Anda boleh menonton semula sesi rakaman program tersebut dengan menjadi Ahli PPPTMM.

Klik dibawah untuk ketahui apakah syarat-syarat dan kriteria untuk menjadi Ahli PPPTMM.

Share

Leave a Reply