ppptmm

Program Perkongsian Perubahan Pendidikan Dari Offline KE Online dan Cara Penggunaan Zoom Meetings

Alhamdulillah pada 17hb Januari 2021 telah diadakan Program Perkongsian Perubahan Pendidikan Dari Offline KE Online yang dikongsikan oleh timbalan pengerusi, En. Nadzri dan cara penggunaan Zoom oleh Biro Penerangan/IT, En. Afiq. Perkongsian berkenaan kenapa perlunya perubahan dari Offline kepada Online selain pengalaman Encik Nadzri dalam melaksanakan kelas secara online di Pusat Tuisyen beliau.

Selepas perkongsian Encik Nadzri, Encik Afiq pula berkongsikan tentang cara menggunakan Zoom Meetings yang asas untuk melaksanakan kelas online.

Antara perkara yang dipelajari dalam Zoom Meetings adalah :

  • Cara nak set jadual kelas melalui zoom
  • Cara nak buat Breakout Room
  • Cara nak LIVE Streaming
  • Bahagian Settings
  • Dan pembayaran dalam zoom

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua ahli yang sertai program ini.

Share

Leave a Reply