ppptmm

Pendaftaran Ahli Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia Masih Dibuka

Kepada pengusaha-pengusaha pusat tuisyen atau pusat pendidikan muslim di Malaysia. Jom mendaftar sebagai Ahli Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia.

Kenali Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM)?

Merupakan sebuah pertubuhan NGO yang menghimpunkan pengusaha-pengusaha pusat tuisyen muslim seluruh Malaysia.

Persatuan telah ditubuhkan pada bulan November 2020 dan merupakan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran (PPM-013-14-20112020).

Antara fungsi persatuan adalah :-

  1. Menjadikan persatuan pengusaha pusat tuisyen muslim malaysia sebagai medium perjuangan kepentingan para ahli khususnya dalam hal ehwal kebajikan dan pendidikan
  2. Menggerakkan dan mendidik ahli sebagai ejen pembangunan masyarakat dan kemanusiaan
  3. Melaksanakan pelbagai aktiviti untuk melahirkan para ahli yang berketrampilan, berilmu, bertaqwa sebagai persediaan untuk membentuk generasi bumiputera dalam bidang pendidikan
  4. Membolehkan persatuan ini menjaga para ahli dan meningkatkan pendapatan bumiputera dalam bidang pendidikan

Alhamdulillah persatuan kini sudah 2 program keusahawanan dijalankan bagi memberi manfaat kepada ahli. InsyaAllah akan ada lagi beberapa program anjuran persatuan.

Antara kelebihan menjadi ahli :-

  1. Peluang untuk menambah ilmu keusahawanan melalui program yang dianjurkan
  2. Mempromosikan pusat tuisyen ahli yang mendaftar di laman sesawang rasmi persatuan
  3. Peluang melebarkan jaringan dalam perniagaan
  4. Mendapat maklumat terkini yang memberi manfaat kepada perniagaan
  5. Medium perantara dan sumber rujukan kepada keperluan dalam perniagaan
  6. Sebagai satu platform untuk berhubung dengan pihak-pihak berkuasa, agensi atau badan-badan yang berkenaan

Antara syarat kriteria menjadi ahli PPPTMM adalah seperti berikut :

1. Islam
2. Lelaki atau Perempuan
3. Berumur 22 tahun dan ke atas
4. Mempunyai atau Mengusahakan Pusat Tuisyen
5. Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pusat Tuisyen Sementara/Penuh
6. Sijil SSM

Yuran Keahlian :
Yuran Pendaftaran : RM10
Yuran Tahunan : RM120

Untuk mendaftar secara online, sila klik butang dibawah

Untuk pertanyaan tentang daftar ahli dan persatuan, sila hubungi Encik Shafizzal di talian : 018-5795670

atau

Maklumat lanjut tentang persatuan sila layari laman sesawang www.ppptmm.org

Share

Leave a Reply