ppptmm

Program Perkongsian Penggunaan Microsoft OneNote oleh Puan Azleen, Pusat Tuisyen Tatapan Minda

Pada hari Ahad 31hb Januari telah diadakan Program Perkongsian Penggunaan Microsoft OneNote oleh Puan Ardiaty Azleen dari Pusat Tuisyen Tatapan Minda, Johor Bahru, Johor khusus kepada semua ahli persatuan tentang apakah tools-tools online yang diperlukan oleh pusat tuisyen dan guru serta cara menggunakan Microsoft OneNote.

Puan Azleen berkongsikan apakah tools-tools online yang boleh guru dapatkan untuk kelas online dan cara bagaimana bermulanya menggunakan Microsoft OneNote sehingga cara nak simpan fail atau menanda markah dalam OneNote.

Berikut adalah selingan penggunaan Microsoft OneNote cara menulis nota.

Semoga ahli-ahli semua dapat manfaat dan tahu cara menggunakan Microsoft OneNote.

Kepada pengusaha pusat tuisyen muslim yang berminat untuk menjadi ahli boleh daftar secara online di dalam laman web www.ppptmm.org

Share

Leave a Reply