ppptmm

Pengerusi PPPTMM Menyambut Baik Pembukaan Semula Pusat Tuisyen

KUALA LUMPUR (19 FEBRUARI): Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM) menyambut baik pengumuman Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berhubung pembukaan semula sektor pendidikan bermula 8 Mac ini.

Pengerusinya, Mohd Noor Shafizzal Termizi berkata pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan atas pertimbangan membenarkan institusi pendidikan swasta dan pusat tuisyen beroperasi semula.

“Syukur Alhamdulillah, pengumuman yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pengusaha pusat tuisyen seluruh negara. Seperti yang kita sedia maklum ada di kalangan pengusaha terpaksa gulung tikar ekoran kekangan beroperas tahun lepas.

“Semoga dengan pengumuman terbaru ini, ia dapat memberi sinar baru kepada semua pengusaha pusat tuisyen yang terjejas,” katannya.

Dalam pada masa yang sama, Shafizzal mengingatkan semua 60 pengusaha pusat tuisyen yang berdaftar dengan PPPTMM supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, walaupun kebenaran membuka semula pusat tuisyen sudah dikeluarkan hari ini namun semua pihak mesti mengambil langkah berjaga-jaga dan jangan leka dengan penularan pandemik ini

“Kita masih belum menang. Walaupun statistik penularan Covid-19 nampak agak terkawal dalam tempoh dua minggu ini, namun kita tidak harus leka. Kita tidak mahu kes Covid-19 meningkat lagi.

“Jadi saya mohon semua pengusaha pusat tuisyen seluruh sentiasa mengikut dan mematuhi SOP yang telah tetapkan oleh kerajaan. Penularannya masih belum berkakhir,” tambahnya.

Disediakan oleh:
Ts Muhamad Huzaimi Abdul Ghafar
Ketua Biro Penyelidikan dan Pembangunan PPPTMM

Share

Leave a Reply