ppptmm

Usah selesa dengan pemansuhan UPSR

Hayat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mula dilaksanakan sejak 1988 berkakhir selepas Kementerian Pendidikan memansuhkan pentaksiran itu mulai tahun ini.

Biarpun dimansuhkan, namun pendekatan ujian terbabit masih diteruskan dengan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menumpukan kepada penilaian bilik darjah sepenuhnya.

Persatuan Penggusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM) berpandangan bahawa pemansuahan itu wajar kerana sudah tiba masanya murid di sekolah rendah tidak dipaksa mengejar bilangan A semata-mata.

Pun begitu, ibu bapa usah menarik nafas lega dengan pemansuhan kerana ini merupakan titik permulaan kepada cabaran baharu dalam mempersiapkan anak-anak ke sekolah menengah.

Pihak sekolah, guru dan ibu bapa harus memainkan peranan lebih tersusun bagi memastikan tahap penguasaan murid dalam empat subjek teras UPSR sebelum ini dapat dikuasai dengan baik.

Cabaran utama yang akan dilalui ibu bapa susulan pelaksaan baru ini bukan saja perlu memastikan anak-anak berjaya menyiapkan kerja rumah bahkan dalam pada masa yang sama menjadi “guru” di rumah.

Umum mengetahui, bilangan murid di dalam sebuah kelas adalah sekitar 35 hingga 40 orang. Bilangan ini disebabkan kepadatan penduduk di beberapa kawasan khususnya bandaraya.

Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pemerkasaan penilaian bilik darjah yang dilihat sebagai medium baharu menentukan tahap penguasaan murid di sekolah.

Justeru, ibu bapa yang mempunyai anak yang masih di bangku sekolah rendah supaya tidak terkejut dengan perkara ini dengan menamatkan kelas tuisyen secara drastik. Ini bertujuan mengurangkan kesan jangka panjang penguasaan anak-anak untuk subjek kritikal sekali gus dapat memastikan kelangsungan pencapaian cemerlang secara berterusan.

Share

Leave a Reply