
TENTANG PPPTMM
Persatuan Pengusaha Pusat Tuisyen Muslim Malaysia (PPPTMM) adalah sebuah pertubuhan NGO yang menghimpunkan pengusaha-pengusaha pusat tuisyen muslim seluruh Malaysia.
Persatuan telah ditubuhkan pada bulan November 2020 dan merupakan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) dengan nombor pendaftaran (PPM-013-14-20112020).

Objektif Persatuan
- Menjadikan persatuan pengusaha pusat tuisyen muslim malaysia sebagai medium perjuangan kepentingan para ahli khususnya dalam hal ehwal kebajikan dan pendidikan
- Menggerakkan dan mendidik ahli sebagai ejen pembangunan masyarakat dan kemanusiaan
- Melaksanakan pelbagai aktiviti untuk melahirkan para ahli yang berketrampilan, berilmu, bertaqwa sebagai persediaan untuk membentuk generasi bumiputera dalam bidang pendidikan
- Membolehkan persatuan ini menjaga para ahli dan meningkatkan pendapatan bumiputera dalam bidang pendidikan